Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."
Sesiapa yang menjadikan dunia itu perkara utama baginya, maka Allah jadikan fakir dihadapannya, dan dipecah-pecahkan hajatnya dan hartanya; ia tidak akan mendapatinya kecuali apa yang telah dituliskan. Dan sesiapa yang menjadikan akhirat itu perkara utamanya, maka Allah jadikan dia kaya di dalam hatinya, dan mencukupkan hajatnya, dan dunia datang kepadanya dengan keadaan hina – Riwayat Ibnu Majah
Dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh – sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya ( agar bangun beribadah )”
Sayidina Umar berpesan:– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah. – Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk. – Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah. – Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka. – Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan. – Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan. – Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. – Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.
Dari Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda : "Allah berfirman : Semua amalan anak cucu Adam untuknya kecuali puasa, sesungguhnya puasa adalah untuk-Ku, dan Aku akan membalasi puasanya itu ; Puasa adalah benteng (penghalang melakukan dosa) ; jika kamu berpuasa jangan mengeluarkan kata-kata yg menimbulkan berahi, jangan menjerit, jangan memperbodoh orang lain ; Jika dicaci atau diajak berkelahi katakanlah : Sesungguhnya aku berpuasa - sebanyak dua kali. Demi diriku di Tangan-Nya : Sesungguhnya air liur orang berpuasa di sisi Allah pada Hari Kiamat,lebih harum daripada bau kasturi. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan : Jika dia berbuka, dia bergembira dengan bukaannya, jika dia menemui Allah kelak maka dia akan bergembira dengan puasanya." (HR Muslim, Ahmad dan Al-Nasaai)
Sesiapa yang menjadikan dunia itu perkara utama baginya, maka Allah jadikan fakir dihadapannya, dan dipecah-pecahkan hajatnya dan hartanya; ia tidak akan mendapatinya kecuali apa yang telah dituliskan. Dan sesiapa yang menjadikan akhirat itu perkara utamanya, maka Allah jadikan dia kaya di dalam hatinya, dan mencukupkan hajatnya, dan dunia datang kepadanya dengan keadaan hina – Riwayat Ibnu Majah
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:" Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. " Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."
Sayidina Umar berpesan: – Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah. – Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk. – Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah. – Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka. – Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan. – Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan. – Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri. – Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.
Dari Uqbah,iaitu Ibnu Hariith,katanya: Aku mendengar Ibnu Umar r.a berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Carilah LailatulQadar pada sepuluh malam yang terakhir. Namun jika salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir........................(Riwayat Muslim)
Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w .: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini"? Lelaki itu berkata, "Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun utk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.
Dari tsuban r.a berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: “hampir tiba suatu masa dimana bangsa bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka .” Maka salah seorang sahabat bertanya : “Apakah kerana kami sedikit ketika itu?” Nabi S.A.W menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir.” “Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan .” Seorang sahabat bertanya : “Apakah wahan itu ya Rasulullah?” Nabi lalu menjawab: “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” Hadis riwayat Abu Daud.
Di antara kelebihan bulan Ramadhan ialah bulan yang paling banyak disediakan ampunan oleh Allah S.W.T. Tetapi sungguh malang jika ada orang yang dapat menemui bulan tersebut tetapi dosa-dosanya tetap sahaja tidak diampuni oleh Allah. Hakikat ini tergambar di dalam sabda Nabi s.a.w. : "Telah datang kepadaku malaikat Jibril lalu berkata : Ya Muhammad, barangsiapa mendapati Ramadhan, lalu setelah bulan itu keluar (berakhir) dosa-dosanya tidak diampuni, lalu dia mati, maka dia masuk neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakanlah : Amin ! Lalu akupun mengatakan : Amin." ( H.R. Khuzaimah dan Ibn Hibban dalam Sahihnya -Kitab : Nasaaihud Diniyyah ; Halaman : 37-39 )
Nabi s.a.w. bersabda; "Jagalah dirimu dari api neraka , meski pun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma, maka jika tidak dapat maka ucapkanlah sepatah kata yang baik." - Sahih Bukhari & Muslim..
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. : "Tiga suara yang di sukai oleh Allahs.w.t. : Suara ayam berkokok, suara orang yang membaca al-Quran, dan suara orang yang meminta pengampunan di waktu sahur".

Dari tsuban r.a berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: “hampir tiba suatu masa dimana bangsa bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka .” Maka salah seorang sahabat bertanya : “Apakah kerana kami sedikit ketika itu?” Nabi S.A.W menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir.” “Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan .” Seorang sahabat bertanya : “Apakah wahan itu ya Rasulullah?” Nabi lalu menjawab: “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” Hadis riwayat Abu Daud.
Malaikat sentiasa menyeru berulang kali di dalam bulan Ramadhan sehinggalah berakhirnya Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Wahai orang yang menginginkan kebaikan, bergembiralah! ;Wahai orang yang menginginkan kejahatan, hentikanlah ! ( ucapan malaikat itu berterusan ) sehinggalah berakhir bulan Ramadhan." ( H.R. Ahmad dan Al-Nasaai; Sanadnya jayyid: baik )
Jangan Melengah-lengahkan Waktu Berbuka Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Manusia tidak henti-hentinya mendapat kebaikan selama mereka mempercepatkan berbuka puasa.” Riwayat Bukhari dan Muslim
Malaikat sentiasa menyeru berulang kali di dalam bulan Ramadhan sehinggalah berakhirnya Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Wahai orang yang menginginkan kebaikan, bergembiralah! ;Wahai orang yang menginginkan kejahatan, hentikanlah ! ( ucapan malaikat itu berterusan ) sehinggalah berakhir bulan Ramadhan." ( H.R. Ahmad dan Al-Nasaai; Sanadnya jayyid: baik )
Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an. Rasulullah saw. pernah bersabda mengenainya, “Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat. ” (HR. Imam Ahmad dan Ath Thabrani)
"Sesungguhnya Al Quran itu diturunkan dlm keadaan kesedihan(pilu),maka apabila kamu membacanya hendaklah kamu menangis,kalau kamu tidak mampu menangis,cuba juga utk menangis lantaran hatimu yg keras."Wallahua'lam..