Apabila kau ditegur tentang kebaikan oleh rakan sebayamu. Anggaplah mereka ini kasihkan kamu, bukannya tunjuk baik. Apabila kau ditegur oleh orang muda dari kamu. Anggaplah itu kata-kata orang yang masih sedikit dosanya berbanding kamu. Apabila kau ditegur oleh yang lebih tua dari kamu. Anggaplah mereka ini telah banyak beramal daripada kamu.
Rasulullah saw bersabda :"Puasa arofah menghapus (dosa) selama dua tahun, yang lampau dan akan datang".
Pada 1 masa yang ditetapkan, kita pasti DIRISIK. PERTUNANGAN yang sejak AZALI, diakhiri PERKAHWINAN dgan MAUT. Hantarannya cuma SAKIT & NAZAK. Tamu bertandang menghadiahkan TANGISAN. PENGANTIN dimandikan. dipakaikan BAJU PUTIH, Semerbak haruman GAHARU CENDANA jadi penyeri, PENGANTIN besanding bersendirian, diarak sekeliling kampung, AKAD NIKAHnya bacaan TALKIN berwalikan LIANG LAHAD,bersaksikan NISAN2, MALAM PERTAMA bersama KEKASIH dalam kamar berkelambukan TANAH yang menuntut JANJI PERNIKAHAN AZALI..........
Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.” Wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”. Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
"SIAPA YANG MENGHIDUPKAN 2 MALAM HARI RAYA, TIDAK AKAN MATI HATINYA DI HARI MATINYA HATI2"RIWAYAH INBU MAJAH"
Sesungguhnya hati ini akan berkarat sebagaimana besi bkarat apabila terkena air. bila Nabi saw ditanya apa penggilapnya, Baginda saw bersabda banyak kan ingat kepada maut dan baca al Quran'' - hadis riwayat Baihaqi...
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."
Sesiapa yang menjadikan dunia itu perkara utama baginya, maka Allah jadikan fakir dihadapannya, dan dipecah-pecahkan hajatnya dan hartanya; ia tidak akan mendapatinya kecuali apa yang telah dituliskan. Dan sesiapa yang menjadikan akhirat itu perkara utamanya, maka Allah jadikan dia kaya di dalam hatinya, dan mencukupkan hajatnya, dan dunia datang kepadanya dengan keadaan hina – Riwayat Ibnu Majah